Monday

kenapa perlu begitu?

yaww. aku disini bukan untuk bertelagah tapi aku rasa macam ada benda attack aku sekarang. dulu, ini cerita dulu masa aku buta segala. aku akur ia diluar bidang kuasa kawalan minda aku. terasa sesat dalam dunia sendiri. dulu, juga masih cerita tentang dulu dimana aku lepaskan segalanya begitu mudah. mudah sehingga terlalu senang untuk orang lain meletakkan semuanya sebagai beban untuk aku jinakkan sewaktu tidur. tapi bukan semua mampu aku tanggung untuk sekian waktu. pedih merenggut jiwa aku dikala malam setiap kali aku cuba untuk tenangkan diri. 

sekarang, ini pula cerita berkisarkan sekarang. sekarang aku tidak mahu terhimpit dengan perkara sedemikian walaupun aku tahu dimasa hadapan aku pasti akan melaluinya semula. hidup ibarat roda bukan? takpe aku sedia terima segala kemungkinan. seperti sekarang aku cuma mahu nak terangkan apa yang mungkin sedikit kabur. untuk mengimbau masa lalu, aku juga hampir tidak dapat gambarkan semula apa yang telah terjadi, jadi elok lupakan sebentar. 

dipetik dari sumber sekarang, ya sekarang hampir beberapa jam lepas. apa yang aku cuba sampaikan adalah benda ini tak sepatutnya diungkit kembali setelah apa yang telah aku lalui perit. selama beberapa ketika seudah berlalu, adakah masa ini adalah masa yang sesuai untuk diungkitkan segala? mengapa tidak pada waktu aku terhegeh-hegeh mencari semula mimpi indah yang kita kecapi bersama dulu?

waktu itu aku buangkan segala ego untuk memujuk semula hati supaya dapat bersama semula. sia-sia, itu yang mampu kau ungkapkan. hilang tanpa sebarang jejak. dicari kau di semua sumber, hilang menyepi. sikap acuh tak acuh, dilayan seperti orang asing, dimaki tak tentu pasal. semuanya menguji kesabaran. ya aku akur aku tewas kerana aku tak mampu lagi untuk bediri pada tempat yang aku tidak patut diatasnya. aku kirakan zalim pada diri sendiri. jadi sekarang tiada kata yang berbaur harapan kerana masing masing punya kehendak kemahuan sendiri. ikutlah apa yang telah ditentukan. aku pasti kau sudah ada pilihan kau. teruslah bersama dia. berbahagialah kau aku doakan. kalau suatu masa nanti kita berjumpa ku berharap yang kita boleh menjadi kawan bukannya lawan. terima kasih. :)

Sunday

bodoh

aku dah kering dari air mata. keras sungguh hati ini untuk menangis. biarpun luluh begitu mudah tersentuh. tapi tiada airmata dapat aku lahirkan. zahirnya aku tidak mampu tapi batinnya ia bertakung dengan tangisan. kesian kat kau, aku sungguh mencintai kau. sungguh. tapi airmata ini telah aku gunakan menangisi segala benda yang datang sia sia. untuk orang orang yang terlalu buta untuk lihat keikhlasannya. maafkan aku. tiada air mata untuk kau biarpun rasa ini mahukan pelengkap dengan tangisan. maafkan aku aku cinta kau sungguh.

resah hati menari

ikat hati ini dengan batin mu yang ikhlas dan suci. jangan kau mainkan hati ini lagi. tak usah kau ragu akan aku menari mengikut rentak ritma hidup. yakin pada aku dapat lunaskan tanggungjawab ini. janji ini aku sematkan dalam lubuk jiwa biar ia membesar menjadi sesuatu yang bermakna untuk aku abadikan dalam hidup kau. pendamkan rasa gelisah ini daripada pemikiran dunia realiti.. tidak mahu aku lukai jiwa kau, banyak sudah aku kecewakan. serik hati ini menangis penyesalan. masih tak berubah menjadi sesuatu yang berharga untuk dimiliki. aku mahu kau tahu, tapi biar kau rasa sendiri dengan hati. tiadak mahu aku bicarakan. tiap perkataan, tiap ayat yang keluar, tiap senyuman kau ukirkan, tiap rasa yang kau berikan buat aku semakin tak sabar menuggu hari untuk aku dan kau bersama dengan izin Tuhan. sungguh aku taktahu apa aku zahirkan disini.

rindu

sungguh aku rindu. rindu pada setiap detik bersama kau. tidurlah. biar hati ini tenang semula.

18.03.12

rasa ini. sama seperti aku ditinggalkan dulu. keseorangan, kosong. kenapa mesti wujud rasa ini. saban hari aku tidak keruan menahan hati yang memberontak. sakit kepala datang tiba tiba. mahu saja aku hentakkan kepala ini dibucu tiang. apa yang aku fikirkan aku tidak tahu. aku sendiri taktahu bagaimana mahu terangkan. berselirat terikat dengan yang lain sukar untuk dileraikan. cuba, mencuba untuk tenang semula. mencari dimana punca yang memang tak akan aku temui biar sampai penghujung. biarlah rasa ini pudar hilang dengan sendiri. begitu subjektif. duhai hati, tenanglah engkau dari segala kegelisahan.

duniawi

masa beredar begitu pantas. diri dirasa terkapai kapai lemas dalam noda dunia. dihujung ada satu cahaya kecil bersinar malap. jauh. jasad bergerak melewati setiap detik waktu. tiada apa amal ke arah kebaikan di kerjakan. didepan sudah diketahui sudah ada satu lubang menanti. bila bila masa pasti akan bertemunya beza cuma cepat atau lambat. persoalannya adalah bersedia atau tidak. dunia sekarang penuh jalan. jalan yang berbeza dasarnya. setiap dasar membawa makna tersirat. tersalah pilih buat kau alpa leka dengan liku jalan yang bersimpang. begitu rumit jika difikirkan. tapi ketahuilah bahawa tiada apa yang mustahil jika pulang ke pangkal jalan. jalan yang kau sudah tahu ada kebenarannya. berilah aku petunjuk Ya Rabb.

Friday

jauh kedalam hati

wowww. its massive. super massive. aku pun taktahu apa aku dah cakap tadi. sememangnya rasa macam haram. diluar kawalan minda normal. cuma melahirkan rasa hati. rasa yang gembira teruja nikmat pemberian tuhan. insya'Allah akan terbukti suatu hari jika msih diberi kesempatan. Ya Allah tunjukkan aku jalan yang benar. amin

Wednesday

:)

ohh yeahhh. big smile on my face. againn. wuhhuuuu

Tuesday

terima kasih

hampir tidak tahu dari mana datangnya. aku sendiri tidak pasti bagaimana ia bermula. yang pasti ia hanya kebetulan. mungkin? ahh. buat apa aku fikirkan lagi. aku cuma mahu rasakan nikmat bahagia yang Tuhan kurniakan. aku hanya mampu tersenyum :). Alhamdulillah

jalan penuh persimpangan.

dunia sekarang penuh dengan persoalan. hidup dengan situasi kalah mati. siapa yang diatas pasti akan menang. yang besar menindas yang kecil. tiada kasihan. langsung tiada pegangan. ada yang masih mencari, ada yang tertunggu tunggu. berlari dan berjalan belum lagi dikira. kenapa tiada keadilan lagi. dimana semua pegangan prinsip kepada yang-SATU. SATU yang takkan mati yang telah tetapkan segalanya untuk dipatuhi tanpa alasan. mudah untuk berkata susah untuk dilaksanakan. aku juga masih terbiar, leka dengan segala sandiwara dunia. buta untuk melihat kembali kepada yang asal. tujuan aku dilahirkan ke dunia. 'baliklah pada yang asal pasti kau akan bahagia".

Saturday

bakar hati ni.

sial. serba salah aku dibuatnya. mana mungkin aku lupakan kau kalau setiap hari aku singgah page kau. mana mungkin aku gembira tanpa kau kalau setiap masa aku cuba cari cerita untuk berborak dengan kau. apa kau tak sedar atau kau sengaja membiarkan? apa kau fikir aku senang dengan keadaan sekarang. aku masih diselubungi dengan persoalan. persoalan yang bermacam macam tentang kau. jika kau masih mahu kau hanya perlu nyatakan. jangan difikir tentang ego atau apa. tiada erti bagi aku. tamat

Friday

satu keperluan

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA, Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN, Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG, Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN, Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN, Belajar TAWAKKAL dari UJIAN, Belajar REDHA dari satu KETENTUAN. - deendarin

watak jahanam

asri nampak seperti manusia normal di mata kasar. tapi sebenarnya dia tidak kenal diri sendiri. dia boleh berubah menjadi bermacam karakter berbeza tidak kira masa. kadangkala dia dilihat sebagai seorang pendendam. berdendam dengan segala apa yang terjadi di masa lalu. begitu perit sehingga mengubah segala tanggapan dia terhadap orang sekeliling. pada suatu masa yang lain dia boleh menjadi seorang yang begitu pemaaf. biarpun diperlakukan seperti anjing kurap, disepak, diludah, ditinggalkan, diherdik tetapi dia tetap tersenyum. sepertinya tiada apa yang perlu di ambil kisah. begitu tegar sehingga boleh berjalan semula seperti biasa menikmati harinya. dia juga boleh menjadi  seorang yang begitu periang gembira seperti tiada apa yang berlaku disekeliling. kelihatan begitu yakin dengan diri sendiri. pada waktu itu tiada siapa dapat menghalang perangai gila dia. walaupun pensyarah di tempat dia belajar hangin satu badan dengan tabiat loyar buruk dia yang melampau. tiba-tiba dia jadi seorang yang pendiam. diam membatu termenung tidak diendah dunia dihadapan. berjalan seperti mayat pemakan otak tidak bersemangat layu mahu rebah. dikala malam dia akan menjadi begitu syahdu. sangat mudah tersentuh adakalanya seperti mat jiwang kapok. berkelakuan seperti kanak kanak manja tidak cukup kasih sayang. masing masing adakalanya cuba menjauhkan diri. mengutuk. berpura pura tidak ambil tahu tentang kewujudan asri. susah untuk ditafsirkan perangai dan watak asri kerana aku pun taktahu apa nak fikir dan menulis deskripsi tentang diri sendiri.

jaga diri.

hari ini kau sudah punya yang lain. kau ceritakan pada aku, pasti kau punya suatu rasa. reaksi yang sama seperti kau dan aku dulu. kau bahagia bukan. itu sudah cukup buat aku teruja. teruja kerana kau tidak lagi bersedih memikirkan masalah. jadi tiada apa perlu aku lakukan. sama. masih sama jika aku mencuba. sama walaupun setiap tidur aku tidak pernah lena memikirkan cara. ia tetap takkan dapat mengubah segala yang tersurat. jadi, teruslah bahagia. memang itu aku harapkan semenjak hari pertama. jaga diri.

Wednesday

keinginan bersifat mati

kalau aku diberikan satu peluang untuk kembali bersama. aku tak tahu apa aku fikirkan. aku bukan mengharap, tapi cuma mahu bersedia hadap segala kemungkinan. ahh, persetankan semua ni. kau hanyalah sebahagian dari mimpi mimpi indah. perit hati, bergelak kau disana. sekarang langsung tiada diendah segala. buat apa aku masih mengharap sedangkan kau langsung tak berfikiran yang sama. mampus. aku mahu matikan semuanya. jiwa ini memberontak. jangan dihalang kerana aku juga manusia.

psiko

dia seorang wanita. aku kenal dia masa aku pergi ke pasar pagi. kini dia telah tiada. dalam erti kata lain, mati. aku bunuh dia. aku cemburu. ya aku psikopat.

Saturday

nasi lemak, gadis lif dan 100mg

lapar, pedih perut ni berkeroncong. "tiga ringgit setengah".  kata brader nasi lemak. muka ala ala nepal pun ada. fasih berbahasa melayu. rambut jambul sejemput jatuh ke dahi gaya superman zaman 90-an. aku selalu beli nasi kat gerai dia sebelum pergi kerja. sambal dia je yang sedap, ayam goreng makin lama makin mengecut aku tengok. lantaklah, asalkan aku kenyang makan petang ni.

jauh sikit jalan nak pergi kerumah sewa dari gerai dia. lutut aku makin kondem aku rasa. teringat tengahari tadi aku ada beli pain killer dari farmasi. lemah sangat badan, itu yang aku mampu fikir untuk beli. pain killer 100mg, aku harap boleh bertahan sebelum aku refer dekat hospital. ya, aku harap begitu.

berjalan menuju ke lif seorang buatkan mata meliar untuk melihat gelagat manusia petang ni. terdengar perbualan tiga orang budak kecil yang salah seorangnya memegang bola.

"minggu depan ada perlawanan kan?". tanya budak pakai baju malaysia belang kuning hitam.

"haah, aku nak main penyerang  lah, kau main sayap". jawab budak berbaju chelsea.

aku sebenarnya tertarik sebab diorang berbahasa baku. terfikir aku sebentar masa aku sebaya diorang aku pun berbahasa begitu ke? dengar macam lawak, tapi itulah dia. mungkin mereka peminat setia bola sepak malaysia sampai terikut ikut gaya bahasa Hasbullah Awang. takpe, itu bagus untuk sesi pembelajaran diorang di kelas nanti.

tunggu lif bukan kegemaran aku. macam haram sebab budak budak suka main tekan tekan butang setiap tingkat. aku terpandang seorang gadis mungkin lepasan SPM bersama dengan seorang wanita berbadan gempal. aku agak mungkin ini mak, akak atau jiran dia. biarlah, aku bukan nak ambil port sangat. cuma gadis tadi pandang aku dengan pandangan lain macam. persoalan muncul, "apahal minah ni pandang aku malu malu, siuman ke tak". dalam lif dia dibelakang aku. aku mengiringkan sedikit badan bersandar pada dinding lif. ekor mata aku melihat dia masih tersipu malu begitu. janggal.

tapi semakin hari, aku semakin menikmati setiap jam dalam hidup aku. aku semacam dapat rasa apa yang terjadi disekeliling aku. tak seperti dulu dimana aku tak endahkan langsung suasana sekitar. aku hidup dalam dunia aku. kadang kadang aku perasan juga yang aku banyak habiskan masa dengan membaca menaip. aku jadi seronok, padahal sebelum ni aku takdelah minat sangat benda benda ni, hingga sampai satu masa aku tersedar yang aku masih hidup dalam dunia sendiri. biarlah, aku seronok begini, rasa tak terbatas, bebas aku disini. pejam sebentar. letih.

bahagian 2 (baca bahagian 1)

sampai dirumah, kelihatan taukeh sedang sibuk mengira hasil jamuan makan tadi. mukanya macam minta disepak kerana dengan bangganya dia tersenyum macam sial.

"aku tak boleh betul tengok muka orang celaka macam ni". geram asif datang tiba tiba, ikut hati mahu di uppercut kepala orang tua yang duduk megah dikerusi rotan tu. sabar, tenang asif sendiri. orang tua mengalihkan pandangan kepada asif yang sedang duduk diatas apngku diluar rumah.

"asif!". panggil orang tua tu kasar. suaranya kedengaran macam tak puas hati. asif segera menoleh lalu mengangkat punggung berjalan kearah orang tua batak tu.

"ya, ada apa"

"aku dengar cerita kau banyak curi tulang tadi"

"ehh, saya kerja macam biasalah. basuh pinggan, clear table, isi lauk"

"kau ingat boleh tipu aku ke? aku punya costumer bising kat aku tadi apahal?". nada orang tua semakin tinggi.

"mulut longkang sapa lah dengki kat aku ni? celaka betul". bengang asif dalam hati.

"nah, ambik nih"

"aihh, lima puluh je?, saya sorang je kot tadi kat sana"

"kau nak ke taknak?"

lancau. lima puluh je untuk kerja dari pukul 12 sampai lewat petang seorang diri. fikirnya inilah kali terakhir dia kerja dengan orang tua haloba tu. bukan orang tua tu seorang ada katering, orang lain pun adalah. memang dia sakit hati petang tu. diambil duit itu lalu terus menghidupkan motor sambil mengucapkan terima kasih dengan nada menganjing. biar orang tua tu terasa, aku kesah apa. celaka.

celaka. memang perkataan itu sahaja yang berpusing pusing di sekitar benak fikiran asif masa tu. sampai dirumah terus dia mencapai tuala ke bilik air. badan terasa melekit, tidak selesa dibuatnya. belum saja di jejak kaki ke lantai bilik air, telefon bimbit asif berdering. nama orang tua tamak terpapar. "heshh, apa lagi orang tua ni nak" marah asif lalu diangkat panggilan tersebut.

"asif ! kau ada rembat alas meja ke tadi?"

"celah mana? ada nampak saya sangkut kat telinga bawak balik ke?". perasaan asif memang tak dapat dibendung lagi. dia letih dengan sikap orang tua jahil tu. terus dia matikan telefon lalu terus mandi.

malam itu juga asif berangkat ke shah alam menuju ke rumah sewa berdekatan tempat pengajiannya. marah, terbakar dengan orang tua bangang. dipulas throttle minyak skuternya sepuas hati. hidup asif terasa begitu malang. sudahlah dia di beri ganjaran sedikit, lagi dituduh mencuri kain alas meja. memang dirasakan tak adil diperlakukan begitu. lampu putih halogen menyilaukan pandangan asif. tiba tiba dunia gelap. tiada satu suara kedengaran. sunyi kosong.

bahagian 1

asif sedang leka membelek laman komuniti yang bertemakan biru. tiba tiba sahaja datang satu komen pada statusnya. komen datang dari anak taukeh katering.

"table clothes mana???"

"cibai!!" tempik asif tak puas hati. dalam hati asif begitu marah ditanya sebegitu rupa. seperti dia yang merembat alas kain meja tuan rumah masa dia buat kerja part time katering minggu lepas.

"apa rasional aku nak rembat alas meja putih tu?. buat kain kapan aku?"gumam asif.

bodoh fikirnya. tak masuk akal tanya pasal alas meja. teringat masa dia jaga seratus orang sendiri. majlis tu memanglah tak besar tapi jumlah tamunya ramai. dia terpaksa lari kesana kesini kutip pinggan yang tak cukup untuk tamu yang hadir untuk dibasuh. isi semula lauk yang habis. letih lalu dia ambil telefon bimbit mendail nombor taukeh katering.

"encik razak, hantarlah sorang kat sini. tak cukup tangan nak jaga tamu ni. ramai sangat"

"alaa, kau kan pernah kerja dengan aku. aku rasa kau dah pro dah bab bab macam ni"

"tapi saya letih la nak uruskan sorang kat sini. banyak sangat ni"

"nanti lepas kerja aku bayarlah kau"

"baik"

panggilan dimatikan. tak dapat nak lawan kata orang tua tu. ego tinggi sangat, tak pernah faham situasi asif yang memang agak kelam kabut sifatnya. pasrah asif disana seorang menguruskan tamu dan lauk pauk yang dihidangkan. dalam hati geram, marah, tak sabar nak tunggu waktu pulang.

"ini kalau dia bayar sikit je memang celaka".

bisik asif sambil melihat gelagat tamu yang hadir. senyumnya kelat tak seperti biasa. hatinya panas kerana permintaan dia ditolak. unsur unsur negatif mula menular dalam jiwa, mahu saja dia ludah dalam bekas lauk lebih tu. marah sangat dia hari tu. datang seorang lelaki mungkin anak tuan rumah menyapa.

"kau ni baguslah, nanti aku bayar lebih" sambil senyum kambing.

"err, okay.terima kasih ya". gugup asif menyahut. perasaan negatif mula beransur hilang, hilang bagai habuk disapa angin sepoi. semangat baru mula menjalar di segenap tubuh.

"ahh, tinggal sikit je lagi ni, lauk pun dah nak habis". disitu asif nampak majlis tu akan berakhir mungkin sedikit petang lagi. siap dia kumpulkan semua pinggan diatas meja lalu dibawa ke tempat basuh. dia tersenyum sendiri mengingatkan semula apa yang diucapkan brader tadi.

selesai semua barang di angkut masuk kereta, asif menghempaskan punggung keletihan. sedikit riak gembira terpancar diwajahnya kerana di hulurkan sejumlah wang daripada brader tadi. "Alhamdulillah" sambil menghela nafas panjang. puas dirasai.


dua atau satu?

waktu ni, aku sedang mencari apa yang sedang aku fikirkan.  begitu banyak menyinggah. hampir setiap kali yang menjengah minda akan ku maktubkan melalui penulisa. ahhh. takkan semua aku nak tulis. bingung, berkecamuk, hilang arah aku dibuatnya. tertanya aku apa yang begitu berserabut, ligat diotak kanan dan kiri. tiba-tiba "tritt", bunyi mesej datangnya dari ibunda. 

''jangan lupa text ayah pasal nafkah bulan ni. ibu dah takda duit ni''

rasanya baru sebentar tadi aku fikirkan pasal ibu. lajunya dia terus menghantar pesanan ringkas. err. aku celaru. kenapa aku juga yang perlu beritahu ayah pasal nafkah yang memang dia patut beri bulan ni? masakan dia terlupa. mungkin, itu yang aku fikirkan. tapi kenapa aku? aku bukanlah anak sulung. bukan juga penyelesai masalah mereka. ahh biarkan. aku ambil telefon menaip mesej untuk ayah.

''salam. ayah, ibu tanya mana nafkah untuk bulan ni? dah lama peti ais tak penuh".

selesai.pesanan ringkas sudah dihantar, hanya tunggu respon dari ayah. selalunya lambat ataupun tak balas langsung. biarkanlah, aku tak punya hak memaksa. aku bukan sapa sapa, hanya anak kedua dari enam adik beradik. 

suasana bertukar sejuk, walaupun matahari kelihatan bersinar megah diluar tingkap. kaki aku berpeluh, begitu mendinginkan. aku duduk mencari kawan kawan serumah aku. lihat apa mereka buat tengahari ni. gelak tawa mereka menonton video hasil download jiwang.org- Raja Lawak musim 6. aku hanya lihat tanpa apa apa respon. video tu tak menarik perhatian aku langsung. aku ambil laptop, aku mula menaip semula. sedang leka datang suara menjengah gegendang telinga.

''hoi kau buat apa ajim? bak datang nak tengok jap''

''ahh.''

''alaa. bagila tengok, kau taip panjang panjang bukan orang baca pun. baik biar aku baca''. sambil gelak menganjing.

diam. aku palingkan muka, bangun tukar posisi masuk ke bilik aku. dalam hati rasa marah, celaka. kenapa perlu marah? bangang. aku pun taktahu apa aku masih fikirkan sekarang. memang perasaan bangang ni menguasai minda tatkala perut berombak seperti ada ular berasmara didalamnya. sial. takkan aku nak cirit lagi hari ni. ambil nafas, sebatang rokok dicucuh. sedia aku masuk kedunia dimana ketenangan untuk otak celaru sekarang. selesa.


bila hari berganti

Badan beralih ke kiri ke kanan
 masih tak jumpa posisi yang nyenyak 
otak masih mencerna ucapan pergi kau
 mulut masih mengeluh,masih menyesal.

 bangun pagi itu, 
terasa lain nya dunia tiada mesej dalam inbox
 tiada apa apa. kemudian. 
tangan begitu gatal nak menghubunginya kembali 
aku cekal kan hati, mahu berubah
 aku ambil telefon,
 nombornya aku padam
 tak mungkin di simpan lagi
 menyakitkan hati, memedihkan jiwa.

 tengah hari,
 telefon masih sunyi 
langit di luar yang semakin gelap,
 menambah kesan dramatik 
sakitnya dada, sebaknya jiwa, semakin terasa,
 namun mata tegar tidak mahu mengeluarkan air mata

 malam menjelma,
masih tiada apa.
 lalu aku bertekad
 jika dia mampu hidup tanpa aku
 mengapa aku tidak juga begitu

 aku tekad.
 ini perlu dinoktahkan
 sampai bila mahu memendam rasa
 bergantung pada harapan yang palsu
 jika dia mampu meninggalkan aku

 aku pasti mampu hidup tanpa nya. kerana,
 Allah, rakan, keluarga aku masih ada
 dia hanya manusia yang telah jatuh tahta dari hatiku.
 sebelum tangan makin gatal, hati makin ngelupor.
 aku tarik diri dari mengharap kau kembali.

layar tidur

buat kedua kalinya aku bermimipi kau lagi.

aku taktahu apa maksud.

orang kata mimpi hanya mainan tidur.

tapi apa guna wujud tafsir mimpi.

kenapa wajah kau bermain didalam setiap mimpi aku? 

setiap kali pasti aku rasa tak senang.

berpeluh sejuk.

curiga.

watak yang berbeza beza.

tapi aku kenal susuk tubuh raut wajah tu.

ya itu kau! 

Tuhan berikan aku petunjuk.

sabarlah

bagi aku,

kebebasan dalam hidup hadir bila kau jadi diri sendiri,

tak perlu fikir untuk jadi sebaik sebahagia orang lain,

cukup sekadar mensyukuri apa yang kau terima masa ini.

Tuhan itu maha adil,

Dia takkan biarkan kau kesusahan tanpa ada kebahagiaan kelak.

bersabarlah.

tak semua hadir dengan cepat.

Friday

masa & ketika

masa ini aku hanya mahu cari ketenangan dan ruang buat diri sendiri.

rasanya sekian lama aku tak luangkan masa untuk bersendiri.

aku teringat sesorang pernah menunjukkan senaskah karya tulisan tangan pada aku.

karya itu buatkan aku mengimbau memori masa kecil dahulu yang aku juga mahu menulis karya seperti itu.

cuma mungkin ada batasan batasan yang menghalang aku.

30 minit yang lepas aku terjumpa page "zinesatumalam"

aku selidik apa isi yang tekandung dalam page tu.

banyak koleksi koleksi karya dihasilkan.

aku tertarik dengan karya 'pecahan personaliti'

dulu pernah orang kata aku ada simptom perbezaan personaliti.

ahh, aku rasa tak begitu. cuma aku terikat dengan situasi menyebabkan aku terpakasa bertindak sedemikian.

aku scroll lagi kebawah.

aku jumpa satu karya 'Ayah'.

sebak tiba tiba...

sejenak aku terfikir tentang ayah.

cukup berkesan memori yang ditinggalkan,

hingga hampir semuanya menyinggah saat ini.

rasa bersalah muncul, tak tahu apa sebab.

seram sejuk satu badan. 

aku RINDU AYAH.

rindu setiap saat masa diluangkan bersama dulu.

sedih.

takdir telah menentukan segala.

pasrah aku dalam dunia fana.

adaptasi

Cinta Gadis Pecahan Personaliti.

Aizul menggerakkan cursor ke ruang 'Search' di facebook.Sudah lama dia ingin mengkaji behavior gadis 

ini.Ditaip nama "Azira Rahim". Begitulah juga nama digunakan di blognya. "www.azirarahim.blogspot.com"

Search facebook tidak menjadi.Terlalu banyak yang menggunakan nama "Azira Rahim".Bagaimana ini? 
Siapa gadis ini?

"Aku akan cari kau siapa,berani mempersoal dan memburukkan nama aku di blog kau ya?" Aizul bermonolog.

Blog Azira Rahim di buka,dia masih membaca penulisan yang memburukkan namanya.Hatinya resah, kerana secara mendadak kaki blogger memberikan komen di entri itu.

Lebih malang ramai yang menyokong penulisan yang mengeji beliau kerana berkelakuan sombong terhadap gadis bernama Azira Rahim.

"Kata-kata kesat digunakan untuk mendiskripsi entri itu.Kasar sungguh gadis ini melalui penulisannya ini.Agresif!"

"Ah, menyokong bermaksud ramai yang membenci aku!" Aizul bermonolog lagi.
Blog itu diteroka lg, di sidebarnya terdapat link yang menunjukkan "Sebahagian daripada aku".Link itu di klik,dan membawanya kepada sebuah website perniagaan pembuatan Cupcakes.
"The hell minah kasar ini buat cupcakes?"Aizul berkata-kata lg.

Website perniagaan Azira Rahim itu diteroka lagi.Ruangan 'Contact' di klik.
"Jyeahh! Ada no telefon lah!Aku nak hentam atau nak berpura-pura menjadi customer?"

Tangan menekan keypad telefon itu,SMS di taip :
AIZUL : hello,nak order cupcakes untuk awek lah, macam mana ya?

AZIRA RAHIM : Hello, Thank you,u boleh rujuk website cupcakes i eh, www.cupcakes7.com, anything let me know ya?

AIZUL : Ala lecehla, kau explain sini je tak boleh ke?

AZIRA RAHIM : Ohh, boleh je, pilih package yg u nak, then isi order form, i'll contact u later to 
confirm.Okay?

AIZUL : Aku nak order hari ni,dan nak kau hantar ke office aku di Putrajaya petang ni jugak sbb malam ni ada dinner dengan awek.Boleh?

Kesabaran gadis itu sengaja diuji demi melihat keperibadiannya

AZIRA RAHIM : Minta maaf ya awk, dah tertulis kt sana kena order sebelum 3 hari.Maaf ya?Mungkin boleh cuba tanya orang lain?

Aizul mendengus, gadis itu masih lagi menjaga kata-katanya.

AIZULl : Kalau macam ni baik kau tak payah buat bisnes, tak guna betul, tak mengikut kehendak pelanggan langsung.Tak pe ah! Banyak lagi kedai lain selain kau.Tutup jela bisnes kau tu!

AZIRA RAHIM : Ok.Thanks.Bye

"Babi, hati aku yang sakit, kat blog bukan main mencaci, Fuck la, Bitch la, Gampang la, lancau la, dengan customer lembut gigi dari lidah!

"Aku nak kenal kau lah,siapa kau ni!" Aizul masih tidak puas hati.

Ya dia masih ingat gadis itu pernah menghantar email kepadanya suatu masa dahulu yang meminta untuk mempromosi cupcakesnya di blog.Namun aku tak layan.Perkataan yang keluar tatkala itu "bullshit".

Gadis ini merupakan penulis yang memberontak di blognya.Kata-kata kesat sebati dengan penulisannya.Namun dalam masa yang sama menjadi gadis yang sangat berbeza untuk urusan perniagaannya.

Hatinya dirasakan berdebar.Entah mengapa dirasakan gadis ini unik.Ini split personality ataupun hipokrit?
Ahh! peduli! Dia merasakan kata-katanya kesat dalam SMS terakhir.Telefonnya dicapai.

AIZUL:Salam,minta maaf atas kata-kata saya sebentar tadi"

AZIRA RAHIM : Ohh tak apa,saya tak kisah pun.

AIZUL : Saya ni Aizul, blogger yang awak email tapi tak balas.Tapi tak payah la nak tulis buruk-buruk pasal sy.Itu hak saya nak layan email awk atau tak, dan bukan awk seorang je yang email saya,ramai lagi perempuan kt luar sana!


............10 Minit Berlalu....................

Aizul berang smsnya tidak berbalas.

AIZUL : Kenapa awk tak balas ni?Saya tunggu penjelasan awk.

............30 Minit Berlalu.....................

AIZULl : Kenapa awk tak balas ni?Sy tunggu penjelasan awk lah,at least tulis sepatah, jangan buat sy macam tunggul!

AZIRA RAHIM: Eh jantan, tak payah nak ber-awak saya sangatlah! Kau tak balas email aku boleh pulak, jadi buat apa aku nk balas sms kau.Keji betul perangai kau.Dayus punya jantan.

Aizul terkedu dan tergelak sekuatnya.Gadis ini histeria agaknya.Sekelip mata berubah.Aku jatuh cinta!

Blognya dibuka,di ruangan tajuk di tulis "Cinta Gadis Berbeza Karakter"

Isi ringkas dengan harapan gadis itu mebacanya.Laptop di tutup.Esok aku hubungi kau lagi sayang.

- Oleh AR The Annoying

-dipetik dari zinesatumalam (pecahan personaliti)-

Thursday

logik

sakit perut seharian buatkan aku gelisah sepanjang waktu kuliah.

dimana hendak ku bertapa sebentar?

rata rata tandas di sini semuanya kotor tidak terurus.

apa rasional anak anak muda sekarang tidak pedulikan kebersihan tandas.

mereka kecoh dengan situasi tandas kotor,

tapi apa mereka tidak langsung fikir tentang keadaan timbal balik?

kedengaran seperti tidak masuk akal.

tapi logiknya bila kita berbuat sesuatu yang orang tidak suka,

pasti kita akan dapat balasannya sama seperti apa yang telah kita lakukan.

jadi apa perlu dibisingkan lagi?

memang tak semua berbuat begitu,

dan mungkin mereka rasa tidak adil bila mereka juga terima apa yang mereka tidak lakukan.

tiada apa yang pelik, dunia memang begitu.

jadi tak perlu rungsing, setiap sesuatu ada hikmahnya.

berfikir logik bertindak rasional.

3 pintu kebawah

dikala malam sejuk mencengkam tulang kering,

lagu ini menerjah ruang minda yang kosong.



ruang kosong itu perlu diisi dengan sesuatu.

raksasa oblik tiada bucu

raksasa dalam jiwa.

mengamuk ingin dilepaskan.

tiada jalan ditujukkan.

meronta tidak mahu lepas.

kesian raksasa.

tiada yang peduli.

tiada yang kasih.

tinggal seorang diam diri.

hidup raksasa tiada erti.

ditinggalkan tiada teman.

biarla raksasa begitu.

tiada siapa mahu ambil tahu.

Tuesday

should i?

where i can find you?

you're not on the phone.

i try to find you on the blog and facebook.

but you were not there.

so where are you?

you left everything unsaid. 

believe me,

right here im still waiting.

but, do me favor.

i just want to know what i've done to you?

what happened actually?

its really confusing.

i cant stop thinking about it all the times.

sorry. if this shit is really over,

say it. talk to me. 

im waiting.

Sunday

Saturday

emm. yelah tuh

selamat bercuti raya cina. hampir semua housemate balik ke rumah masing masing. aku pulak nak balik tapi family aku pergi johor esok. ikut hati memang nak ikut tapi naik myvi je mana lah muat enam orang nak sumbat. so lain kali jelah balik bangi. stay kat shah alam kerja pizza la jawabnya cuti raya ni.

haa. tadi kat pizza manager tinggi berkulit gelap tu pasang lagu masa nak closing. aku puas ingat lagu ni macam familiar je last last barulah perasan lagu coin laundry. hahaha. shit shit. entah masa tu perasaan apa yang singgah sampai buat hati tersenyum. walaupun sekarang tak macam dulu, tapi kira okaylah Tuhan masih bagi aku rasa bahagia walau tak lama. kena bersyukur even nikmat tu sekejap je sebab nanti kalau Tuhan tarik balik rasa tu apa pun tak dapat. Alhamdulillah :)

Thursday

seminggu padat.

sudah hampir seminggu aku bagai tiada arah. apahal entah. tidur aku tak lena langsung. sedar dah pagi sedangkan aku baru nak tidur. pastu dalam kelas memang tak lah kann. mata kadang kadang tu sampai dah tak boleh bukak, tambah lagi kalau kerja malam semalamnya. kat tempat kerja pun sama tak ada semangat langsung aku nak buat kerja. ehh aku pun taktahu apa dah jadi kat aku. serius lemah gila satu badan. Ya Allah tunjukkan aku jalan.

*oh ya esok aku kena submit 3 assignment. ada lagi tak siap ni.-___-

fubuk

hari ni hari mengundi di Poli aku sebab nak pilih ahli jawatankuasa apa merepek sebab bagi aku macam tak penting. apa aku tahu aku pergi daftar dan pangkah muka yang agak agak boleh percaya. aku tengok dah macam apa kat Poli tu, serabut dengan kertas kertas kempen dengan tempelan muka kacak cantik bergantung dekat tiap laluan berbumbung. entah apa fungsi, aku rasa diorang bukan kenal pun siapa calon. lain la kalau ada letak sejarah hidup calon nombor telefon ke. senang la contact mintak duit sket untuk naikkan populariti dia.

hari ni jugak aku dapat tahu tajuk tesis group aku ditolak. wuhuuu. haha. aku pun taktahu nak cakap apa sebab lepas ni aku yang kena cari tajuk baru. macam cibet. apa pun banyak gila assignment nak kena hantar jumaat ni. bersusun tunggu masa nak buat. err. hari ni jugak, aku baru dapat tahu yang aku sebenarnya offday dari hari isnin. kalau tahu takda aku datang kerja lagi baik buat assignment. *siot punya manager bukan nak bgtahu aku offday.




Wednesday

jika

udara hari ini tenang.

Tuesday

concussion

hari ni serius macam shit. semua aku buat semua tak kena dah kenapa. fuk!.
apa salah aku cuba aku cari. entah kenapa semua orang pandang aku yang bersalah?

call bapak setelah sekian lama tak berhubung, kesian dia letih seharian menguruskan kebun. call ibu suara letih. semuanya kewangan tengah meruncing. aku rasa bersalah dengan diorang. apa pasal aku tak dapat tolong ringankan beban kewangan mereka?!. ahhh setan aku rasa aku macam anak derhaka!! 

sial semua tak kena. mana semua orang nak pergi? aku kena cari  apa silap. mana silap sampai semua hampir pergi tinggal aku seorang. aku kena buktikan sesuatu bahawa aku juga punya hak dan keinginan. hampir tiap kali aku dipijak macam semut tiada kasihan. apa brutal sangat hidup masa kini?

pastinya hidup tak selalu diatas kan? memang aku kena terima hakikat hidup ni memang begitu. biarlah mereka dengan kehidupan mereka asalkan mereka masih selesa dengan hidup mereka sekarang. aku doakan yang terbaik buat korang. terima kasih buat aku rasa masih wujud. fuk muda bitches!



lagu ni yang terbit dikala hati gundah. apa sial sangat?





DOLLAH(bukan nama sebenar)

final semester dekat sini memang buat berserabut. banyak benda nak kena fikir dan buat dalam masa terhad.  task yang diberi macam cibet dengan due date singkat nak mati. final projek tu memang agak beban sikitlah walaupun aku dah cuba fikir positif. aku rasa kajian yang group aku nak buat tu macam tak masuk akal. walau aku dah suggest tajuk tapi diorang still nak buat ikut kepala diorang jugak. apa cibai grouping macam taikss. daripada aku fikir nak bangkang baik aku follow kalau tajuk kena tolak padan muka. harharhar.


ohh pleasee. i begging u final semester, please be nice. i wont hurt you. 

Monday

ke laut bukan memancing

kehadapan kebelakang.

maaf diatas entri-entri sebelum ni. depresi membawa kepada ketidakstabilan emosi lalu membawa kepada tindakan diluar kawalan.

aku ada baca dekat google, depresi hanyalah satu mainan minda. hanya wujud kalau kerap fikir je atau lebih tepat lagi "depression is just a sarcastic state of mind" *blink182-romeo&rebecca.

ahh setan, aku lupa aku ada lagi banyak benda kena fikir. bangun pagi kena pergi kelas, balik kelas pergi kerja and this is serious shit! harharharr.

apa boleh buat hidup sebagai pelajar ni *even DIPLOMA je* memang macam haramjadah. kenapa la final year ni ada projek shit bagai. memang buat terkejar-kejar tapi patutnya kau fokus lebih lah bukan duduk diam macam batu.

Friday

heyy

i love you. :)

Wednesday

think

ya. why its happen? i just cant find the answer. are you serious? why i cant feel it? er maybe sometimes. ohh i think im expecting something. thats not good rite? im sorry. i just cant hold it for any longer. ya maybe. i cant be whatever u want. i can just be what i am to be. can u just accept it anyway? or u should leave me to find someone who u really want to be with. someone who can makes u happy. all the times. ya maybe u should.

ohh mungkin

kenapa? kenapa ia perlu terjadi? aku ke salah? ya, aku tahu aku salah. aku tak reti layan perempuan kan. dulu ya mungkin aku suka lagi berkasar dengan perempuan. tapi bila aku cuba rendahkan habis ego aku dengan mereka. still tak dapat puaskan hati mereka. apa ni. belum lagi mungkin. aku punya perasaan juga. aku bukan kebal. mungkin ia akan berakhir? setelah apa yang dimulakan terlalu indah? ya. ohh mungkin.

Monday

maaf

err. maafkan aku. aku mungkin terlalu beremosi. tapi itulah maksud yang aku cuba sampaikan. maafkan aku.

miss you.

okay. aku taktahu macam mana nak mula. tapi kalau ada sesuatu yang boleh buktikan betapa besar cinta aku pada kau supaya kau tidak lagi ragu, aku akan lakukan. hey, aku suka segalanya tentang kau. ya semuanya. aku tidak mengharapkan apa apa balasan daripada kau. asalkan aku dapat lihat kau gembira bila bersama itu sudah cukup memadai. tapi aku harap kau tidak terasa berat untuk berbicara dengan aku tentang apa jua yang buat kau rasa tak selesa. cuba untuk bercakap dengan aku supaya aku tahu apa kau mahu. i love you. ya thats it. thanks.