Friday

masa & ketika

masa ini aku hanya mahu cari ketenangan dan ruang buat diri sendiri.

rasanya sekian lama aku tak luangkan masa untuk bersendiri.

aku teringat sesorang pernah menunjukkan senaskah karya tulisan tangan pada aku.

karya itu buatkan aku mengimbau memori masa kecil dahulu yang aku juga mahu menulis karya seperti itu.

cuma mungkin ada batasan batasan yang menghalang aku.

30 minit yang lepas aku terjumpa page "zinesatumalam"

aku selidik apa isi yang tekandung dalam page tu.

banyak koleksi koleksi karya dihasilkan.

aku tertarik dengan karya 'pecahan personaliti'

dulu pernah orang kata aku ada simptom perbezaan personaliti.

ahh, aku rasa tak begitu. cuma aku terikat dengan situasi menyebabkan aku terpakasa bertindak sedemikian.

aku scroll lagi kebawah.

aku jumpa satu karya 'Ayah'.

sebak tiba tiba...

sejenak aku terfikir tentang ayah.

cukup berkesan memori yang ditinggalkan,

hingga hampir semuanya menyinggah saat ini.

rasa bersalah muncul, tak tahu apa sebab.

seram sejuk satu badan. 

aku RINDU AYAH.

rindu setiap saat masa diluangkan bersama dulu.

sedih.

takdir telah menentukan segala.

pasrah aku dalam dunia fana.

No comments:

Post a Comment