Saturday

bila hari berganti

Badan beralih ke kiri ke kanan
 masih tak jumpa posisi yang nyenyak 
otak masih mencerna ucapan pergi kau
 mulut masih mengeluh,masih menyesal.

 bangun pagi itu, 
terasa lain nya dunia tiada mesej dalam inbox
 tiada apa apa. kemudian. 
tangan begitu gatal nak menghubunginya kembali 
aku cekal kan hati, mahu berubah
 aku ambil telefon,
 nombornya aku padam
 tak mungkin di simpan lagi
 menyakitkan hati, memedihkan jiwa.

 tengah hari,
 telefon masih sunyi 
langit di luar yang semakin gelap,
 menambah kesan dramatik 
sakitnya dada, sebaknya jiwa, semakin terasa,
 namun mata tegar tidak mahu mengeluarkan air mata

 malam menjelma,
masih tiada apa.
 lalu aku bertekad
 jika dia mampu hidup tanpa aku
 mengapa aku tidak juga begitu

 aku tekad.
 ini perlu dinoktahkan
 sampai bila mahu memendam rasa
 bergantung pada harapan yang palsu
 jika dia mampu meninggalkan aku

 aku pasti mampu hidup tanpa nya. kerana,
 Allah, rakan, keluarga aku masih ada
 dia hanya manusia yang telah jatuh tahta dari hatiku.
 sebelum tangan makin gatal, hati makin ngelupor.
 aku tarik diri dari mengharap kau kembali.

No comments:

Post a Comment