Sunday

bodoh

aku dah kering dari air mata. keras sungguh hati ini untuk menangis. biarpun luluh begitu mudah tersentuh. tapi tiada airmata dapat aku lahirkan. zahirnya aku tidak mampu tapi batinnya ia bertakung dengan tangisan. kesian kat kau, aku sungguh mencintai kau. sungguh. tapi airmata ini telah aku gunakan menangisi segala benda yang datang sia sia. untuk orang orang yang terlalu buta untuk lihat keikhlasannya. maafkan aku. tiada air mata untuk kau biarpun rasa ini mahukan pelengkap dengan tangisan. maafkan aku aku cinta kau sungguh.

resah hati menari

ikat hati ini dengan batin mu yang ikhlas dan suci. jangan kau mainkan hati ini lagi. tak usah kau ragu akan aku menari mengikut rentak ritma hidup. yakin pada aku dapat lunaskan tanggungjawab ini. janji ini aku sematkan dalam lubuk jiwa biar ia membesar menjadi sesuatu yang bermakna untuk aku abadikan dalam hidup kau. pendamkan rasa gelisah ini daripada pemikiran dunia realiti.. tidak mahu aku lukai jiwa kau, banyak sudah aku kecewakan. serik hati ini menangis penyesalan. masih tak berubah menjadi sesuatu yang berharga untuk dimiliki. aku mahu kau tahu, tapi biar kau rasa sendiri dengan hati. tiadak mahu aku bicarakan. tiap perkataan, tiap ayat yang keluar, tiap senyuman kau ukirkan, tiap rasa yang kau berikan buat aku semakin tak sabar menuggu hari untuk aku dan kau bersama dengan izin Tuhan. sungguh aku taktahu apa aku zahirkan disini.

rindu

sungguh aku rindu. rindu pada setiap detik bersama kau. tidurlah. biar hati ini tenang semula.

18.03.12

rasa ini. sama seperti aku ditinggalkan dulu. keseorangan, kosong. kenapa mesti wujud rasa ini. saban hari aku tidak keruan menahan hati yang memberontak. sakit kepala datang tiba tiba. mahu saja aku hentakkan kepala ini dibucu tiang. apa yang aku fikirkan aku tidak tahu. aku sendiri taktahu bagaimana mahu terangkan. berselirat terikat dengan yang lain sukar untuk dileraikan. cuba, mencuba untuk tenang semula. mencari dimana punca yang memang tak akan aku temui biar sampai penghujung. biarlah rasa ini pudar hilang dengan sendiri. begitu subjektif. duhai hati, tenanglah engkau dari segala kegelisahan.