Thursday

hidup

ini cerita aku. aku rasa hidup memang takkan terlepas dari terkena ujian. semuanya membuatkan aku berfikir masih adakah lagi harapan untuk aku terus bahagia. tapi apabila aku mengkaji semula pada dasarnya aku sebenarnya aku sudah cukup bertuah. ya mungkin? kehilangan dalam hidup memang menyakitkan. ya memang sangat sakit pada hati dan membawa kepada keheilangan kawalan terhadap emosi. dengan apa yang terjadi pada masa lampau buatkan aku sedikit hilang percaya terhadap manusia lain. ahh persetankan. aku mudah untuk jatuh hati dengan orang lain. tapi aku takkan sesekali mudah merobek kepercayaan org lain terhadap aku. *cuma jika mereka tidak jujur pada aku. ahh. apa guna kalau kau asyik mengharapkan sesuatu yang sempurna kalau kau sendiri tak sempurna. hidup ini perlu mencuba. biar pahit dan kelam, memang itu harus kau tempuhi. sebab bagi aku takdir itu telah siap tertulis sebelum dilahirkan. jadi perjalanan hidup ini hanyalah untuk diuji dan menjadi lebih baik. sekarang, aku harap kau jujur pada diri sendiri dan orang lain. aku akan menjaga kau selagi kau tidak mempermainkan kepercayaan aku. sungguhnya aku cuba menjadi apa yang terbaik untuk diri kau. biar apa didepan, sentiasa aku cuba untuk perbaiki. terima kasih.

Monday

bangun

erhh. apesal kepala aku pening semacam ni. macam senget sebelah la pulak. haha

terima kasih

kerja. ohh hari ni aku memang taktahu ape sebab badan aku lemah longlai. menguap mata merah kepala pening telinga sumbat. arghh, hampir aku mahu terus balik. pulang dari kerja aku hampir terlelap semasa menunggang. tapi aku tak lagi rasa suram kerana aku tahu di rumah dia menunggu. terima kasih.

Sunday

kemana hilang

mana pagi? hanya ku jumpa tengahari. seudah lama aku tak rasakan suasana pagi dimana matahari mahu mula tunjukkan diri. ohh aku rindu pagi. harus aku ubah tabiat tidur aku. aku mahu berjumpa pagi. aku mahu bangkit tinggalkan kepahitan terbaring disitu tidak mengekori. yakini diri pasti aku berjumpa pagi yang indah. pasti ku jumpa.

insane

okay. ia begitu cepat. aku pada awalnya ragu. aku mula yakin pabila dia kelihatan bersungguh. aku harus lakukan yang terbaik, tapi perlu ingat. dont ask, never assume just follow the flow. dont give up try a lot. the most important thing is dont hope too much. i'll try my best. just tell me everthing u want. please dont argue. im in. peace.

tiada idea

otak berfikir, berubah menjadi tindakan. terus kepada kesan daripada tindakan. normal manusia bertindak ikut emosi jarang manusia bertindak ikut fikiran. kalau emosi kawal diri pasti kau perlu mencari cara tenangkan diri. sebab emosi hanya buatkan situasi mati. betul ke? ataupun emosi menghidupkan situasi dimana semuanya nampak seperti perlu mati. ahh. jadi apa perlu kau fikirkan untuk bertindak rasional?

begitulah ia.

hari ni segalanya bermula dengan perlahan. aku lihat sekeliling semua macam takde ape yang perlu aku ambil tahu. bingung, kosong. telefon tangan yang selama ni bergetar berbunyi bagai tak ada guna, senyap dan hanya begitu. ahhh. apa yang aku masih fikirkan? harapan? tentu sekali tidak. aku sendiri tak pasti. mungkin mainan emosi ataupun aku belum menyesuaikan diri dengan berada di situasi luar normal. begitulah sepanjang hari. sibuk bekerja hanya buatkan aku lupa buat seketika. apabila aku bersendirian, segala tanggapan, memori datang menyinggah dan pada masa tu aku hanya mampu tersenyum untuk tenangkan hati berkecamuk. aku perlu cepat menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa dia agar aku boleh terus melangkah ke depan tanpa beban. kau harus begitu ajim. *perghh. boleh tahan jiwang aku. hahaha

Saturday

the reason why.

hehehe. setelah seminggu aku berperang dengan emosi. so skang aku dah tahuu. wahh. lega kecewa semua bercampur baur. okay. ini pengakuan paling telus abad ni. rupanya dia anggap aku mcm kawan je. cuma aku yg takleh kawal emosi sampai anggap dia lebih dari kawan.*ehh mungkin dia macam pernah bg harapan kot. wahhh. tapi aku bersyukurlahh sebab aku dah tahu jawapan dah tahu ape yg aku salah selama ni. ohh. ini mungkin akan jadi permulaan,pertengahan atau pengakhiran tapi yup aku taknak letak sebarang harapan. aku akan flow with the flow together-gether. hahha. aku hara dia akan lebih memahami diri sendiri sebab aku nmpk ade ke-'fake'kan untuk bercerita tentang ape yg betul. takpe sebab dia mmg berhak utk menjaga kepentingan dia sendiri.hhaha. okay takpe. aku perlu atur jalan yang baru. takkan aku nak ikut jalan lama. tak best ahh berlopak berlubang bagaii. hahaha.

Friday

okay. ini permulaannya

cinta? haha. aku ingat aku faham ape itu cinta. rupanya banyak lagi aku perlu tahu dan belajar. aku cuba melihat dari segala sudut untuk faham ape makna perkataan ini. sebenarnya ia sangat kompleks dan hanya dirasakan dalam diri individu sendiri. tapi kadang2 kita taktahu ape perasaan tu kadang ia datang sekejap dan ikutlah pada situasi masing2.

tapi peristiwa yang aku hadapi beberapa bulan kebelakangan ni buat aku rasa aku ni macam seorang yg bodoh untuk mencuba, walaupun sebelum ni aku dah beberapa kali terjebak. ahh. aku tak faham kenapa makin lama aku makin hilang skil. har har harr. okay aku cuba bercerita.

memang aku rasakan macam dah lama kenal walaupun kalau ikutkan baru je beberapa bulan. kenal dan macam dah tak kenal hanya bebrapa bulan. faham? tak faham sudahh.haha. tapi aku cuma tak faham kenapa aku masih mengharapkan dia. sebab kadang2 tu aku jadi marah bila fikir pasal bnda ni.

apea yang aku nampak lah kann. ia berpunca dari org ketiga keempat kelima keenam entah berapa lagi lah.baru aku perasan die tu hott -..-
. dan yang lagi penting diorg tu lebih berharta lagi kewl lagi kacak lagi dan segala lagii. memang strange, awkward, rare ape lagi perasaan yang berkaitan dengan pelik muncul bila dia tetiba macam tak endahkan aku. wowww. kadang kala rasa nak hempas kepala kat lantai.* wahh.why u r so frustrated dude?. argghh. aku taktahu bila kali terakhir aku berperasaan begini.

okay. boleh bayangkan kan macam mana frust bila kau macam tak diendah langsung? tapi sampailah satu masa dimana aku mintak nasihat kawan2. dan ape yang aku dapat konklusikan kat sini ialah "cinta mcm rama-rama, kalau kau kejar ia akan lari", "berusaha bukan untuk dia jadi milik kita, tapi berusaha sbab kau cintakan dia" *tricky sket bg aku. " kalau kau cintakan dia, kau akan sentiasa nak tgok die bahagia walaupun bukan dgn kau". dan yang paling best "usaha tangga kejayaan, buat dia cintakan kau. tapi kalau dia taknak, sudah!". hahhaa.

lepas aku dibasuh malam tu. macam ada satu aura positive meresap. haha. aura tu lebih kurang macam ni "kau jadi diri kau, buat sesuatu atas kerelaan itu baru ikhlas. kau tuluskan hati kau untuk beriteraksi dengan dia. jangan kau harapkan balasan, sebab ALLAH maha adil. senyum bila kau rasa tertekan. yang paling best, redha je kalau dia bukan milik kau. mungkin bukan ini untuk kau dan belum masa lagi kau perlukan benda2 macam ni." okayy. im positive rite now and she deserved better than me. but im not giving up, i just giving myself some space. if she is not for me then okay. if she come back again, depends. hahaha. thanks, farewell. godie