Thursday

hidup

ini cerita aku. aku rasa hidup memang takkan terlepas dari terkena ujian. semuanya membuatkan aku berfikir masih adakah lagi harapan untuk aku terus bahagia. tapi apabila aku mengkaji semula pada dasarnya aku sebenarnya aku sudah cukup bertuah. ya mungkin? kehilangan dalam hidup memang menyakitkan. ya memang sangat sakit pada hati dan membawa kepada keheilangan kawalan terhadap emosi. dengan apa yang terjadi pada masa lampau buatkan aku sedikit hilang percaya terhadap manusia lain. ahh persetankan. aku mudah untuk jatuh hati dengan orang lain. tapi aku takkan sesekali mudah merobek kepercayaan org lain terhadap aku. *cuma jika mereka tidak jujur pada aku. ahh. apa guna kalau kau asyik mengharapkan sesuatu yang sempurna kalau kau sendiri tak sempurna. hidup ini perlu mencuba. biar pahit dan kelam, memang itu harus kau tempuhi. sebab bagi aku takdir itu telah siap tertulis sebelum dilahirkan. jadi perjalanan hidup ini hanyalah untuk diuji dan menjadi lebih baik. sekarang, aku harap kau jujur pada diri sendiri dan orang lain. aku akan menjaga kau selagi kau tidak mempermainkan kepercayaan aku. sungguhnya aku cuba menjadi apa yang terbaik untuk diri kau. biar apa didepan, sentiasa aku cuba untuk perbaiki. terima kasih.

Monday

bangun

erhh. apesal kepala aku pening semacam ni. macam senget sebelah la pulak. haha

terima kasih

kerja. ohh hari ni aku memang taktahu ape sebab badan aku lemah longlai. menguap mata merah kepala pening telinga sumbat. arghh, hampir aku mahu terus balik. pulang dari kerja aku hampir terlelap semasa menunggang. tapi aku tak lagi rasa suram kerana aku tahu di rumah dia menunggu. terima kasih.

Sunday

kemana hilang

mana pagi? hanya ku jumpa tengahari. seudah lama aku tak rasakan suasana pagi dimana matahari mahu mula tunjukkan diri. ohh aku rindu pagi. harus aku ubah tabiat tidur aku. aku mahu berjumpa pagi. aku mahu bangkit tinggalkan kepahitan terbaring disitu tidak mengekori. yakini diri pasti aku berjumpa pagi yang indah. pasti ku jumpa.

insane

okay. ia begitu cepat. aku pada awalnya ragu. aku mula yakin pabila dia kelihatan bersungguh. aku harus lakukan yang terbaik, tapi perlu ingat. dont ask, never assume just follow the flow. dont give up try a lot. the most important thing is dont hope too much. i'll try my best. just tell me everthing u want. please dont argue. im in. peace.

tiada idea

otak berfikir, berubah menjadi tindakan. terus kepada kesan daripada tindakan. normal manusia bertindak ikut emosi jarang manusia bertindak ikut fikiran. kalau emosi kawal diri pasti kau perlu mencari cara tenangkan diri. sebab emosi hanya buatkan situasi mati. betul ke? ataupun emosi menghidupkan situasi dimana semuanya nampak seperti perlu mati. ahh. jadi apa perlu kau fikirkan untuk bertindak rasional?

begitulah ia.

hari ni segalanya bermula dengan perlahan. aku lihat sekeliling semua macam takde ape yang perlu aku ambil tahu. bingung, kosong. telefon tangan yang selama ni bergetar berbunyi bagai tak ada guna, senyap dan hanya begitu. ahhh. apa yang aku masih fikirkan? harapan? tentu sekali tidak. aku sendiri tak pasti. mungkin mainan emosi ataupun aku belum menyesuaikan diri dengan berada di situasi luar normal. begitulah sepanjang hari. sibuk bekerja hanya buatkan aku lupa buat seketika. apabila aku bersendirian, segala tanggapan, memori datang menyinggah dan pada masa tu aku hanya mampu tersenyum untuk tenangkan hati berkecamuk. aku perlu cepat menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa dia agar aku boleh terus melangkah ke depan tanpa beban. kau harus begitu ajim. *perghh. boleh tahan jiwang aku. hahaha