Saturday

nasi lemak, gadis lif dan 100mg

lapar, pedih perut ni berkeroncong. "tiga ringgit setengah".  kata brader nasi lemak. muka ala ala nepal pun ada. fasih berbahasa melayu. rambut jambul sejemput jatuh ke dahi gaya superman zaman 90-an. aku selalu beli nasi kat gerai dia sebelum pergi kerja. sambal dia je yang sedap, ayam goreng makin lama makin mengecut aku tengok. lantaklah, asalkan aku kenyang makan petang ni.

jauh sikit jalan nak pergi kerumah sewa dari gerai dia. lutut aku makin kondem aku rasa. teringat tengahari tadi aku ada beli pain killer dari farmasi. lemah sangat badan, itu yang aku mampu fikir untuk beli. pain killer 100mg, aku harap boleh bertahan sebelum aku refer dekat hospital. ya, aku harap begitu.

berjalan menuju ke lif seorang buatkan mata meliar untuk melihat gelagat manusia petang ni. terdengar perbualan tiga orang budak kecil yang salah seorangnya memegang bola.

"minggu depan ada perlawanan kan?". tanya budak pakai baju malaysia belang kuning hitam.

"haah, aku nak main penyerang  lah, kau main sayap". jawab budak berbaju chelsea.

aku sebenarnya tertarik sebab diorang berbahasa baku. terfikir aku sebentar masa aku sebaya diorang aku pun berbahasa begitu ke? dengar macam lawak, tapi itulah dia. mungkin mereka peminat setia bola sepak malaysia sampai terikut ikut gaya bahasa Hasbullah Awang. takpe, itu bagus untuk sesi pembelajaran diorang di kelas nanti.

tunggu lif bukan kegemaran aku. macam haram sebab budak budak suka main tekan tekan butang setiap tingkat. aku terpandang seorang gadis mungkin lepasan SPM bersama dengan seorang wanita berbadan gempal. aku agak mungkin ini mak, akak atau jiran dia. biarlah, aku bukan nak ambil port sangat. cuma gadis tadi pandang aku dengan pandangan lain macam. persoalan muncul, "apahal minah ni pandang aku malu malu, siuman ke tak". dalam lif dia dibelakang aku. aku mengiringkan sedikit badan bersandar pada dinding lif. ekor mata aku melihat dia masih tersipu malu begitu. janggal.

tapi semakin hari, aku semakin menikmati setiap jam dalam hidup aku. aku semacam dapat rasa apa yang terjadi disekeliling aku. tak seperti dulu dimana aku tak endahkan langsung suasana sekitar. aku hidup dalam dunia aku. kadang kadang aku perasan juga yang aku banyak habiskan masa dengan membaca menaip. aku jadi seronok, padahal sebelum ni aku takdelah minat sangat benda benda ni, hingga sampai satu masa aku tersedar yang aku masih hidup dalam dunia sendiri. biarlah, aku seronok begini, rasa tak terbatas, bebas aku disini. pejam sebentar. letih.

bahagian 2 (baca bahagian 1)

sampai dirumah, kelihatan taukeh sedang sibuk mengira hasil jamuan makan tadi. mukanya macam minta disepak kerana dengan bangganya dia tersenyum macam sial.

"aku tak boleh betul tengok muka orang celaka macam ni". geram asif datang tiba tiba, ikut hati mahu di uppercut kepala orang tua yang duduk megah dikerusi rotan tu. sabar, tenang asif sendiri. orang tua mengalihkan pandangan kepada asif yang sedang duduk diatas apngku diluar rumah.

"asif!". panggil orang tua tu kasar. suaranya kedengaran macam tak puas hati. asif segera menoleh lalu mengangkat punggung berjalan kearah orang tua batak tu.

"ya, ada apa"

"aku dengar cerita kau banyak curi tulang tadi"

"ehh, saya kerja macam biasalah. basuh pinggan, clear table, isi lauk"

"kau ingat boleh tipu aku ke? aku punya costumer bising kat aku tadi apahal?". nada orang tua semakin tinggi.

"mulut longkang sapa lah dengki kat aku ni? celaka betul". bengang asif dalam hati.

"nah, ambik nih"

"aihh, lima puluh je?, saya sorang je kot tadi kat sana"

"kau nak ke taknak?"

lancau. lima puluh je untuk kerja dari pukul 12 sampai lewat petang seorang diri. fikirnya inilah kali terakhir dia kerja dengan orang tua haloba tu. bukan orang tua tu seorang ada katering, orang lain pun adalah. memang dia sakit hati petang tu. diambil duit itu lalu terus menghidupkan motor sambil mengucapkan terima kasih dengan nada menganjing. biar orang tua tu terasa, aku kesah apa. celaka.

celaka. memang perkataan itu sahaja yang berpusing pusing di sekitar benak fikiran asif masa tu. sampai dirumah terus dia mencapai tuala ke bilik air. badan terasa melekit, tidak selesa dibuatnya. belum saja di jejak kaki ke lantai bilik air, telefon bimbit asif berdering. nama orang tua tamak terpapar. "heshh, apa lagi orang tua ni nak" marah asif lalu diangkat panggilan tersebut.

"asif ! kau ada rembat alas meja ke tadi?"

"celah mana? ada nampak saya sangkut kat telinga bawak balik ke?". perasaan asif memang tak dapat dibendung lagi. dia letih dengan sikap orang tua jahil tu. terus dia matikan telefon lalu terus mandi.

malam itu juga asif berangkat ke shah alam menuju ke rumah sewa berdekatan tempat pengajiannya. marah, terbakar dengan orang tua bangang. dipulas throttle minyak skuternya sepuas hati. hidup asif terasa begitu malang. sudahlah dia di beri ganjaran sedikit, lagi dituduh mencuri kain alas meja. memang dirasakan tak adil diperlakukan begitu. lampu putih halogen menyilaukan pandangan asif. tiba tiba dunia gelap. tiada satu suara kedengaran. sunyi kosong.

bahagian 1

asif sedang leka membelek laman komuniti yang bertemakan biru. tiba tiba sahaja datang satu komen pada statusnya. komen datang dari anak taukeh katering.

"table clothes mana???"

"cibai!!" tempik asif tak puas hati. dalam hati asif begitu marah ditanya sebegitu rupa. seperti dia yang merembat alas kain meja tuan rumah masa dia buat kerja part time katering minggu lepas.

"apa rasional aku nak rembat alas meja putih tu?. buat kain kapan aku?"gumam asif.

bodoh fikirnya. tak masuk akal tanya pasal alas meja. teringat masa dia jaga seratus orang sendiri. majlis tu memanglah tak besar tapi jumlah tamunya ramai. dia terpaksa lari kesana kesini kutip pinggan yang tak cukup untuk tamu yang hadir untuk dibasuh. isi semula lauk yang habis. letih lalu dia ambil telefon bimbit mendail nombor taukeh katering.

"encik razak, hantarlah sorang kat sini. tak cukup tangan nak jaga tamu ni. ramai sangat"

"alaa, kau kan pernah kerja dengan aku. aku rasa kau dah pro dah bab bab macam ni"

"tapi saya letih la nak uruskan sorang kat sini. banyak sangat ni"

"nanti lepas kerja aku bayarlah kau"

"baik"

panggilan dimatikan. tak dapat nak lawan kata orang tua tu. ego tinggi sangat, tak pernah faham situasi asif yang memang agak kelam kabut sifatnya. pasrah asif disana seorang menguruskan tamu dan lauk pauk yang dihidangkan. dalam hati geram, marah, tak sabar nak tunggu waktu pulang.

"ini kalau dia bayar sikit je memang celaka".

bisik asif sambil melihat gelagat tamu yang hadir. senyumnya kelat tak seperti biasa. hatinya panas kerana permintaan dia ditolak. unsur unsur negatif mula menular dalam jiwa, mahu saja dia ludah dalam bekas lauk lebih tu. marah sangat dia hari tu. datang seorang lelaki mungkin anak tuan rumah menyapa.

"kau ni baguslah, nanti aku bayar lebih" sambil senyum kambing.

"err, okay.terima kasih ya". gugup asif menyahut. perasaan negatif mula beransur hilang, hilang bagai habuk disapa angin sepoi. semangat baru mula menjalar di segenap tubuh.

"ahh, tinggal sikit je lagi ni, lauk pun dah nak habis". disitu asif nampak majlis tu akan berakhir mungkin sedikit petang lagi. siap dia kumpulkan semua pinggan diatas meja lalu dibawa ke tempat basuh. dia tersenyum sendiri mengingatkan semula apa yang diucapkan brader tadi.

selesai semua barang di angkut masuk kereta, asif menghempaskan punggung keletihan. sedikit riak gembira terpancar diwajahnya kerana di hulurkan sejumlah wang daripada brader tadi. "Alhamdulillah" sambil menghela nafas panjang. puas dirasai.


dua atau satu?

waktu ni, aku sedang mencari apa yang sedang aku fikirkan.  begitu banyak menyinggah. hampir setiap kali yang menjengah minda akan ku maktubkan melalui penulisa. ahhh. takkan semua aku nak tulis. bingung, berkecamuk, hilang arah aku dibuatnya. tertanya aku apa yang begitu berserabut, ligat diotak kanan dan kiri. tiba-tiba "tritt", bunyi mesej datangnya dari ibunda. 

''jangan lupa text ayah pasal nafkah bulan ni. ibu dah takda duit ni''

rasanya baru sebentar tadi aku fikirkan pasal ibu. lajunya dia terus menghantar pesanan ringkas. err. aku celaru. kenapa aku juga yang perlu beritahu ayah pasal nafkah yang memang dia patut beri bulan ni? masakan dia terlupa. mungkin, itu yang aku fikirkan. tapi kenapa aku? aku bukanlah anak sulung. bukan juga penyelesai masalah mereka. ahh biarkan. aku ambil telefon menaip mesej untuk ayah.

''salam. ayah, ibu tanya mana nafkah untuk bulan ni? dah lama peti ais tak penuh".

selesai.pesanan ringkas sudah dihantar, hanya tunggu respon dari ayah. selalunya lambat ataupun tak balas langsung. biarkanlah, aku tak punya hak memaksa. aku bukan sapa sapa, hanya anak kedua dari enam adik beradik. 

suasana bertukar sejuk, walaupun matahari kelihatan bersinar megah diluar tingkap. kaki aku berpeluh, begitu mendinginkan. aku duduk mencari kawan kawan serumah aku. lihat apa mereka buat tengahari ni. gelak tawa mereka menonton video hasil download jiwang.org- Raja Lawak musim 6. aku hanya lihat tanpa apa apa respon. video tu tak menarik perhatian aku langsung. aku ambil laptop, aku mula menaip semula. sedang leka datang suara menjengah gegendang telinga.

''hoi kau buat apa ajim? bak datang nak tengok jap''

''ahh.''

''alaa. bagila tengok, kau taip panjang panjang bukan orang baca pun. baik biar aku baca''. sambil gelak menganjing.

diam. aku palingkan muka, bangun tukar posisi masuk ke bilik aku. dalam hati rasa marah, celaka. kenapa perlu marah? bangang. aku pun taktahu apa aku masih fikirkan sekarang. memang perasaan bangang ni menguasai minda tatkala perut berombak seperti ada ular berasmara didalamnya. sial. takkan aku nak cirit lagi hari ni. ambil nafas, sebatang rokok dicucuh. sedia aku masuk kedunia dimana ketenangan untuk otak celaru sekarang. selesa.


bila hari berganti

Badan beralih ke kiri ke kanan
 masih tak jumpa posisi yang nyenyak 
otak masih mencerna ucapan pergi kau
 mulut masih mengeluh,masih menyesal.

 bangun pagi itu, 
terasa lain nya dunia tiada mesej dalam inbox
 tiada apa apa. kemudian. 
tangan begitu gatal nak menghubunginya kembali 
aku cekal kan hati, mahu berubah
 aku ambil telefon,
 nombornya aku padam
 tak mungkin di simpan lagi
 menyakitkan hati, memedihkan jiwa.

 tengah hari,
 telefon masih sunyi 
langit di luar yang semakin gelap,
 menambah kesan dramatik 
sakitnya dada, sebaknya jiwa, semakin terasa,
 namun mata tegar tidak mahu mengeluarkan air mata

 malam menjelma,
masih tiada apa.
 lalu aku bertekad
 jika dia mampu hidup tanpa aku
 mengapa aku tidak juga begitu

 aku tekad.
 ini perlu dinoktahkan
 sampai bila mahu memendam rasa
 bergantung pada harapan yang palsu
 jika dia mampu meninggalkan aku

 aku pasti mampu hidup tanpa nya. kerana,
 Allah, rakan, keluarga aku masih ada
 dia hanya manusia yang telah jatuh tahta dari hatiku.
 sebelum tangan makin gatal, hati makin ngelupor.
 aku tarik diri dari mengharap kau kembali.

layar tidur

buat kedua kalinya aku bermimipi kau lagi.

aku taktahu apa maksud.

orang kata mimpi hanya mainan tidur.

tapi apa guna wujud tafsir mimpi.

kenapa wajah kau bermain didalam setiap mimpi aku? 

setiap kali pasti aku rasa tak senang.

berpeluh sejuk.

curiga.

watak yang berbeza beza.

tapi aku kenal susuk tubuh raut wajah tu.

ya itu kau! 

Tuhan berikan aku petunjuk.

sabarlah

bagi aku,

kebebasan dalam hidup hadir bila kau jadi diri sendiri,

tak perlu fikir untuk jadi sebaik sebahagia orang lain,

cukup sekadar mensyukuri apa yang kau terima masa ini.

Tuhan itu maha adil,

Dia takkan biarkan kau kesusahan tanpa ada kebahagiaan kelak.

bersabarlah.

tak semua hadir dengan cepat.

Friday

masa & ketika

masa ini aku hanya mahu cari ketenangan dan ruang buat diri sendiri.

rasanya sekian lama aku tak luangkan masa untuk bersendiri.

aku teringat sesorang pernah menunjukkan senaskah karya tulisan tangan pada aku.

karya itu buatkan aku mengimbau memori masa kecil dahulu yang aku juga mahu menulis karya seperti itu.

cuma mungkin ada batasan batasan yang menghalang aku.

30 minit yang lepas aku terjumpa page "zinesatumalam"

aku selidik apa isi yang tekandung dalam page tu.

banyak koleksi koleksi karya dihasilkan.

aku tertarik dengan karya 'pecahan personaliti'

dulu pernah orang kata aku ada simptom perbezaan personaliti.

ahh, aku rasa tak begitu. cuma aku terikat dengan situasi menyebabkan aku terpakasa bertindak sedemikian.

aku scroll lagi kebawah.

aku jumpa satu karya 'Ayah'.

sebak tiba tiba...

sejenak aku terfikir tentang ayah.

cukup berkesan memori yang ditinggalkan,

hingga hampir semuanya menyinggah saat ini.

rasa bersalah muncul, tak tahu apa sebab.

seram sejuk satu badan. 

aku RINDU AYAH.

rindu setiap saat masa diluangkan bersama dulu.

sedih.

takdir telah menentukan segala.

pasrah aku dalam dunia fana.

adaptasi

Cinta Gadis Pecahan Personaliti.

Aizul menggerakkan cursor ke ruang 'Search' di facebook.Sudah lama dia ingin mengkaji behavior gadis 

ini.Ditaip nama "Azira Rahim". Begitulah juga nama digunakan di blognya. "www.azirarahim.blogspot.com"

Search facebook tidak menjadi.Terlalu banyak yang menggunakan nama "Azira Rahim".Bagaimana ini? 
Siapa gadis ini?

"Aku akan cari kau siapa,berani mempersoal dan memburukkan nama aku di blog kau ya?" Aizul bermonolog.

Blog Azira Rahim di buka,dia masih membaca penulisan yang memburukkan namanya.Hatinya resah, kerana secara mendadak kaki blogger memberikan komen di entri itu.

Lebih malang ramai yang menyokong penulisan yang mengeji beliau kerana berkelakuan sombong terhadap gadis bernama Azira Rahim.

"Kata-kata kesat digunakan untuk mendiskripsi entri itu.Kasar sungguh gadis ini melalui penulisannya ini.Agresif!"

"Ah, menyokong bermaksud ramai yang membenci aku!" Aizul bermonolog lagi.
Blog itu diteroka lg, di sidebarnya terdapat link yang menunjukkan "Sebahagian daripada aku".Link itu di klik,dan membawanya kepada sebuah website perniagaan pembuatan Cupcakes.
"The hell minah kasar ini buat cupcakes?"Aizul berkata-kata lg.

Website perniagaan Azira Rahim itu diteroka lagi.Ruangan 'Contact' di klik.
"Jyeahh! Ada no telefon lah!Aku nak hentam atau nak berpura-pura menjadi customer?"

Tangan menekan keypad telefon itu,SMS di taip :
AIZUL : hello,nak order cupcakes untuk awek lah, macam mana ya?

AZIRA RAHIM : Hello, Thank you,u boleh rujuk website cupcakes i eh, www.cupcakes7.com, anything let me know ya?

AIZUL : Ala lecehla, kau explain sini je tak boleh ke?

AZIRA RAHIM : Ohh, boleh je, pilih package yg u nak, then isi order form, i'll contact u later to 
confirm.Okay?

AIZUL : Aku nak order hari ni,dan nak kau hantar ke office aku di Putrajaya petang ni jugak sbb malam ni ada dinner dengan awek.Boleh?

Kesabaran gadis itu sengaja diuji demi melihat keperibadiannya

AZIRA RAHIM : Minta maaf ya awk, dah tertulis kt sana kena order sebelum 3 hari.Maaf ya?Mungkin boleh cuba tanya orang lain?

Aizul mendengus, gadis itu masih lagi menjaga kata-katanya.

AIZULl : Kalau macam ni baik kau tak payah buat bisnes, tak guna betul, tak mengikut kehendak pelanggan langsung.Tak pe ah! Banyak lagi kedai lain selain kau.Tutup jela bisnes kau tu!

AZIRA RAHIM : Ok.Thanks.Bye

"Babi, hati aku yang sakit, kat blog bukan main mencaci, Fuck la, Bitch la, Gampang la, lancau la, dengan customer lembut gigi dari lidah!

"Aku nak kenal kau lah,siapa kau ni!" Aizul masih tidak puas hati.

Ya dia masih ingat gadis itu pernah menghantar email kepadanya suatu masa dahulu yang meminta untuk mempromosi cupcakesnya di blog.Namun aku tak layan.Perkataan yang keluar tatkala itu "bullshit".

Gadis ini merupakan penulis yang memberontak di blognya.Kata-kata kesat sebati dengan penulisannya.Namun dalam masa yang sama menjadi gadis yang sangat berbeza untuk urusan perniagaannya.

Hatinya dirasakan berdebar.Entah mengapa dirasakan gadis ini unik.Ini split personality ataupun hipokrit?
Ahh! peduli! Dia merasakan kata-katanya kesat dalam SMS terakhir.Telefonnya dicapai.

AIZUL:Salam,minta maaf atas kata-kata saya sebentar tadi"

AZIRA RAHIM : Ohh tak apa,saya tak kisah pun.

AIZUL : Saya ni Aizul, blogger yang awak email tapi tak balas.Tapi tak payah la nak tulis buruk-buruk pasal sy.Itu hak saya nak layan email awk atau tak, dan bukan awk seorang je yang email saya,ramai lagi perempuan kt luar sana!


............10 Minit Berlalu....................

Aizul berang smsnya tidak berbalas.

AIZUL : Kenapa awk tak balas ni?Saya tunggu penjelasan awk.

............30 Minit Berlalu.....................

AIZULl : Kenapa awk tak balas ni?Sy tunggu penjelasan awk lah,at least tulis sepatah, jangan buat sy macam tunggul!

AZIRA RAHIM: Eh jantan, tak payah nak ber-awak saya sangatlah! Kau tak balas email aku boleh pulak, jadi buat apa aku nk balas sms kau.Keji betul perangai kau.Dayus punya jantan.

Aizul terkedu dan tergelak sekuatnya.Gadis ini histeria agaknya.Sekelip mata berubah.Aku jatuh cinta!

Blognya dibuka,di ruangan tajuk di tulis "Cinta Gadis Berbeza Karakter"

Isi ringkas dengan harapan gadis itu mebacanya.Laptop di tutup.Esok aku hubungi kau lagi sayang.

- Oleh AR The Annoying

-dipetik dari zinesatumalam (pecahan personaliti)-

Thursday

logik

sakit perut seharian buatkan aku gelisah sepanjang waktu kuliah.

dimana hendak ku bertapa sebentar?

rata rata tandas di sini semuanya kotor tidak terurus.

apa rasional anak anak muda sekarang tidak pedulikan kebersihan tandas.

mereka kecoh dengan situasi tandas kotor,

tapi apa mereka tidak langsung fikir tentang keadaan timbal balik?

kedengaran seperti tidak masuk akal.

tapi logiknya bila kita berbuat sesuatu yang orang tidak suka,

pasti kita akan dapat balasannya sama seperti apa yang telah kita lakukan.

jadi apa perlu dibisingkan lagi?

memang tak semua berbuat begitu,

dan mungkin mereka rasa tidak adil bila mereka juga terima apa yang mereka tidak lakukan.

tiada apa yang pelik, dunia memang begitu.

jadi tak perlu rungsing, setiap sesuatu ada hikmahnya.

berfikir logik bertindak rasional.

3 pintu kebawah

dikala malam sejuk mencengkam tulang kering,

lagu ini menerjah ruang minda yang kosong.



ruang kosong itu perlu diisi dengan sesuatu.

raksasa oblik tiada bucu

raksasa dalam jiwa.

mengamuk ingin dilepaskan.

tiada jalan ditujukkan.

meronta tidak mahu lepas.

kesian raksasa.

tiada yang peduli.

tiada yang kasih.

tinggal seorang diam diri.

hidup raksasa tiada erti.

ditinggalkan tiada teman.

biarla raksasa begitu.

tiada siapa mahu ambil tahu.

Tuesday

should i?

where i can find you?

you're not on the phone.

i try to find you on the blog and facebook.

but you were not there.

so where are you?

you left everything unsaid. 

believe me,

right here im still waiting.

but, do me favor.

i just want to know what i've done to you?

what happened actually?

its really confusing.

i cant stop thinking about it all the times.

sorry. if this shit is really over,

say it. talk to me. 

im waiting.

Sunday