Saturday

bahagian 1

asif sedang leka membelek laman komuniti yang bertemakan biru. tiba tiba sahaja datang satu komen pada statusnya. komen datang dari anak taukeh katering.

"table clothes mana???"

"cibai!!" tempik asif tak puas hati. dalam hati asif begitu marah ditanya sebegitu rupa. seperti dia yang merembat alas kain meja tuan rumah masa dia buat kerja part time katering minggu lepas.

"apa rasional aku nak rembat alas meja putih tu?. buat kain kapan aku?"gumam asif.

bodoh fikirnya. tak masuk akal tanya pasal alas meja. teringat masa dia jaga seratus orang sendiri. majlis tu memanglah tak besar tapi jumlah tamunya ramai. dia terpaksa lari kesana kesini kutip pinggan yang tak cukup untuk tamu yang hadir untuk dibasuh. isi semula lauk yang habis. letih lalu dia ambil telefon bimbit mendail nombor taukeh katering.

"encik razak, hantarlah sorang kat sini. tak cukup tangan nak jaga tamu ni. ramai sangat"

"alaa, kau kan pernah kerja dengan aku. aku rasa kau dah pro dah bab bab macam ni"

"tapi saya letih la nak uruskan sorang kat sini. banyak sangat ni"

"nanti lepas kerja aku bayarlah kau"

"baik"

panggilan dimatikan. tak dapat nak lawan kata orang tua tu. ego tinggi sangat, tak pernah faham situasi asif yang memang agak kelam kabut sifatnya. pasrah asif disana seorang menguruskan tamu dan lauk pauk yang dihidangkan. dalam hati geram, marah, tak sabar nak tunggu waktu pulang.

"ini kalau dia bayar sikit je memang celaka".

bisik asif sambil melihat gelagat tamu yang hadir. senyumnya kelat tak seperti biasa. hatinya panas kerana permintaan dia ditolak. unsur unsur negatif mula menular dalam jiwa, mahu saja dia ludah dalam bekas lauk lebih tu. marah sangat dia hari tu. datang seorang lelaki mungkin anak tuan rumah menyapa.

"kau ni baguslah, nanti aku bayar lebih" sambil senyum kambing.

"err, okay.terima kasih ya". gugup asif menyahut. perasaan negatif mula beransur hilang, hilang bagai habuk disapa angin sepoi. semangat baru mula menjalar di segenap tubuh.

"ahh, tinggal sikit je lagi ni, lauk pun dah nak habis". disitu asif nampak majlis tu akan berakhir mungkin sedikit petang lagi. siap dia kumpulkan semua pinggan diatas meja lalu dibawa ke tempat basuh. dia tersenyum sendiri mengingatkan semula apa yang diucapkan brader tadi.

selesai semua barang di angkut masuk kereta, asif menghempaskan punggung keletihan. sedikit riak gembira terpancar diwajahnya kerana di hulurkan sejumlah wang daripada brader tadi. "Alhamdulillah" sambil menghela nafas panjang. puas dirasai.


No comments:

Post a Comment