Saturday

bakar hati ni.

sial. serba salah aku dibuatnya. mana mungkin aku lupakan kau kalau setiap hari aku singgah page kau. mana mungkin aku gembira tanpa kau kalau setiap masa aku cuba cari cerita untuk berborak dengan kau. apa kau tak sedar atau kau sengaja membiarkan? apa kau fikir aku senang dengan keadaan sekarang. aku masih diselubungi dengan persoalan. persoalan yang bermacam macam tentang kau. jika kau masih mahu kau hanya perlu nyatakan. jangan difikir tentang ego atau apa. tiada erti bagi aku. tamat

Friday

satu keperluan

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA, Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN, Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG, Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN, Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN, Belajar TAWAKKAL dari UJIAN, Belajar REDHA dari satu KETENTUAN. - deendarin

watak jahanam

asri nampak seperti manusia normal di mata kasar. tapi sebenarnya dia tidak kenal diri sendiri. dia boleh berubah menjadi bermacam karakter berbeza tidak kira masa. kadangkala dia dilihat sebagai seorang pendendam. berdendam dengan segala apa yang terjadi di masa lalu. begitu perit sehingga mengubah segala tanggapan dia terhadap orang sekeliling. pada suatu masa yang lain dia boleh menjadi seorang yang begitu pemaaf. biarpun diperlakukan seperti anjing kurap, disepak, diludah, ditinggalkan, diherdik tetapi dia tetap tersenyum. sepertinya tiada apa yang perlu di ambil kisah. begitu tegar sehingga boleh berjalan semula seperti biasa menikmati harinya. dia juga boleh menjadi  seorang yang begitu periang gembira seperti tiada apa yang berlaku disekeliling. kelihatan begitu yakin dengan diri sendiri. pada waktu itu tiada siapa dapat menghalang perangai gila dia. walaupun pensyarah di tempat dia belajar hangin satu badan dengan tabiat loyar buruk dia yang melampau. tiba-tiba dia jadi seorang yang pendiam. diam membatu termenung tidak diendah dunia dihadapan. berjalan seperti mayat pemakan otak tidak bersemangat layu mahu rebah. dikala malam dia akan menjadi begitu syahdu. sangat mudah tersentuh adakalanya seperti mat jiwang kapok. berkelakuan seperti kanak kanak manja tidak cukup kasih sayang. masing masing adakalanya cuba menjauhkan diri. mengutuk. berpura pura tidak ambil tahu tentang kewujudan asri. susah untuk ditafsirkan perangai dan watak asri kerana aku pun taktahu apa nak fikir dan menulis deskripsi tentang diri sendiri.

jaga diri.

hari ini kau sudah punya yang lain. kau ceritakan pada aku, pasti kau punya suatu rasa. reaksi yang sama seperti kau dan aku dulu. kau bahagia bukan. itu sudah cukup buat aku teruja. teruja kerana kau tidak lagi bersedih memikirkan masalah. jadi tiada apa perlu aku lakukan. sama. masih sama jika aku mencuba. sama walaupun setiap tidur aku tidak pernah lena memikirkan cara. ia tetap takkan dapat mengubah segala yang tersurat. jadi, teruslah bahagia. memang itu aku harapkan semenjak hari pertama. jaga diri.

Wednesday

keinginan bersifat mati

kalau aku diberikan satu peluang untuk kembali bersama. aku tak tahu apa aku fikirkan. aku bukan mengharap, tapi cuma mahu bersedia hadap segala kemungkinan. ahh, persetankan semua ni. kau hanyalah sebahagian dari mimpi mimpi indah. perit hati, bergelak kau disana. sekarang langsung tiada diendah segala. buat apa aku masih mengharap sedangkan kau langsung tak berfikiran yang sama. mampus. aku mahu matikan semuanya. jiwa ini memberontak. jangan dihalang kerana aku juga manusia.

psiko

dia seorang wanita. aku kenal dia masa aku pergi ke pasar pagi. kini dia telah tiada. dalam erti kata lain, mati. aku bunuh dia. aku cemburu. ya aku psikopat.