Friday

watak jahanam

asri nampak seperti manusia normal di mata kasar. tapi sebenarnya dia tidak kenal diri sendiri. dia boleh berubah menjadi bermacam karakter berbeza tidak kira masa. kadangkala dia dilihat sebagai seorang pendendam. berdendam dengan segala apa yang terjadi di masa lalu. begitu perit sehingga mengubah segala tanggapan dia terhadap orang sekeliling. pada suatu masa yang lain dia boleh menjadi seorang yang begitu pemaaf. biarpun diperlakukan seperti anjing kurap, disepak, diludah, ditinggalkan, diherdik tetapi dia tetap tersenyum. sepertinya tiada apa yang perlu di ambil kisah. begitu tegar sehingga boleh berjalan semula seperti biasa menikmati harinya. dia juga boleh menjadi  seorang yang begitu periang gembira seperti tiada apa yang berlaku disekeliling. kelihatan begitu yakin dengan diri sendiri. pada waktu itu tiada siapa dapat menghalang perangai gila dia. walaupun pensyarah di tempat dia belajar hangin satu badan dengan tabiat loyar buruk dia yang melampau. tiba-tiba dia jadi seorang yang pendiam. diam membatu termenung tidak diendah dunia dihadapan. berjalan seperti mayat pemakan otak tidak bersemangat layu mahu rebah. dikala malam dia akan menjadi begitu syahdu. sangat mudah tersentuh adakalanya seperti mat jiwang kapok. berkelakuan seperti kanak kanak manja tidak cukup kasih sayang. masing masing adakalanya cuba menjauhkan diri. mengutuk. berpura pura tidak ambil tahu tentang kewujudan asri. susah untuk ditafsirkan perangai dan watak asri kerana aku pun taktahu apa nak fikir dan menulis deskripsi tentang diri sendiri.

No comments:

Post a Comment