Sunday

duniawi

masa beredar begitu pantas. diri dirasa terkapai kapai lemas dalam noda dunia. dihujung ada satu cahaya kecil bersinar malap. jauh. jasad bergerak melewati setiap detik waktu. tiada apa amal ke arah kebaikan di kerjakan. didepan sudah diketahui sudah ada satu lubang menanti. bila bila masa pasti akan bertemunya beza cuma cepat atau lambat. persoalannya adalah bersedia atau tidak. dunia sekarang penuh jalan. jalan yang berbeza dasarnya. setiap dasar membawa makna tersirat. tersalah pilih buat kau alpa leka dengan liku jalan yang bersimpang. begitu rumit jika difikirkan. tapi ketahuilah bahawa tiada apa yang mustahil jika pulang ke pangkal jalan. jalan yang kau sudah tahu ada kebenarannya. berilah aku petunjuk Ya Rabb.