Monday

kenapa perlu begitu?

yaww. aku disini bukan untuk bertelagah tapi aku rasa macam ada benda attack aku sekarang. dulu, ini cerita dulu masa aku buta segala. aku akur ia diluar bidang kuasa kawalan minda aku. terasa sesat dalam dunia sendiri. dulu, juga masih cerita tentang dulu dimana aku lepaskan segalanya begitu mudah. mudah sehingga terlalu senang untuk orang lain meletakkan semuanya sebagai beban untuk aku jinakkan sewaktu tidur. tapi bukan semua mampu aku tanggung untuk sekian waktu. pedih merenggut jiwa aku dikala malam setiap kali aku cuba untuk tenangkan diri. 

sekarang, ini pula cerita berkisarkan sekarang. sekarang aku tidak mahu terhimpit dengan perkara sedemikian walaupun aku tahu dimasa hadapan aku pasti akan melaluinya semula. hidup ibarat roda bukan? takpe aku sedia terima segala kemungkinan. seperti sekarang aku cuma mahu nak terangkan apa yang mungkin sedikit kabur. untuk mengimbau masa lalu, aku juga hampir tidak dapat gambarkan semula apa yang telah terjadi, jadi elok lupakan sebentar. 

dipetik dari sumber sekarang, ya sekarang hampir beberapa jam lepas. apa yang aku cuba sampaikan adalah benda ini tak sepatutnya diungkit kembali setelah apa yang telah aku lalui perit. selama beberapa ketika seudah berlalu, adakah masa ini adalah masa yang sesuai untuk diungkitkan segala? mengapa tidak pada waktu aku terhegeh-hegeh mencari semula mimpi indah yang kita kecapi bersama dulu?

waktu itu aku buangkan segala ego untuk memujuk semula hati supaya dapat bersama semula. sia-sia, itu yang mampu kau ungkapkan. hilang tanpa sebarang jejak. dicari kau di semua sumber, hilang menyepi. sikap acuh tak acuh, dilayan seperti orang asing, dimaki tak tentu pasal. semuanya menguji kesabaran. ya aku akur aku tewas kerana aku tak mampu lagi untuk bediri pada tempat yang aku tidak patut diatasnya. aku kirakan zalim pada diri sendiri. jadi sekarang tiada kata yang berbaur harapan kerana masing masing punya kehendak kemahuan sendiri. ikutlah apa yang telah ditentukan. aku pasti kau sudah ada pilihan kau. teruslah bersama dia. berbahagialah kau aku doakan. kalau suatu masa nanti kita berjumpa ku berharap yang kita boleh menjadi kawan bukannya lawan. terima kasih. :)