Saturday

bahagian 2 (baca bahagian 1)

sampai dirumah, kelihatan taukeh sedang sibuk mengira hasil jamuan makan tadi. mukanya macam minta disepak kerana dengan bangganya dia tersenyum macam sial.

"aku tak boleh betul tengok muka orang celaka macam ni". geram asif datang tiba tiba, ikut hati mahu di uppercut kepala orang tua yang duduk megah dikerusi rotan tu. sabar, tenang asif sendiri. orang tua mengalihkan pandangan kepada asif yang sedang duduk diatas apngku diluar rumah.

"asif!". panggil orang tua tu kasar. suaranya kedengaran macam tak puas hati. asif segera menoleh lalu mengangkat punggung berjalan kearah orang tua batak tu.

"ya, ada apa"

"aku dengar cerita kau banyak curi tulang tadi"

"ehh, saya kerja macam biasalah. basuh pinggan, clear table, isi lauk"

"kau ingat boleh tipu aku ke? aku punya costumer bising kat aku tadi apahal?". nada orang tua semakin tinggi.

"mulut longkang sapa lah dengki kat aku ni? celaka betul". bengang asif dalam hati.

"nah, ambik nih"

"aihh, lima puluh je?, saya sorang je kot tadi kat sana"

"kau nak ke taknak?"

lancau. lima puluh je untuk kerja dari pukul 12 sampai lewat petang seorang diri. fikirnya inilah kali terakhir dia kerja dengan orang tua haloba tu. bukan orang tua tu seorang ada katering, orang lain pun adalah. memang dia sakit hati petang tu. diambil duit itu lalu terus menghidupkan motor sambil mengucapkan terima kasih dengan nada menganjing. biar orang tua tu terasa, aku kesah apa. celaka.

celaka. memang perkataan itu sahaja yang berpusing pusing di sekitar benak fikiran asif masa tu. sampai dirumah terus dia mencapai tuala ke bilik air. badan terasa melekit, tidak selesa dibuatnya. belum saja di jejak kaki ke lantai bilik air, telefon bimbit asif berdering. nama orang tua tamak terpapar. "heshh, apa lagi orang tua ni nak" marah asif lalu diangkat panggilan tersebut.

"asif ! kau ada rembat alas meja ke tadi?"

"celah mana? ada nampak saya sangkut kat telinga bawak balik ke?". perasaan asif memang tak dapat dibendung lagi. dia letih dengan sikap orang tua jahil tu. terus dia matikan telefon lalu terus mandi.

malam itu juga asif berangkat ke shah alam menuju ke rumah sewa berdekatan tempat pengajiannya. marah, terbakar dengan orang tua bangang. dipulas throttle minyak skuternya sepuas hati. hidup asif terasa begitu malang. sudahlah dia di beri ganjaran sedikit, lagi dituduh mencuri kain alas meja. memang dirasakan tak adil diperlakukan begitu. lampu putih halogen menyilaukan pandangan asif. tiba tiba dunia gelap. tiada satu suara kedengaran. sunyi kosong.

No comments:

Post a Comment