Sunday

resah hati menari

ikat hati ini dengan batin mu yang ikhlas dan suci. jangan kau mainkan hati ini lagi. tak usah kau ragu akan aku menari mengikut rentak ritma hidup. yakin pada aku dapat lunaskan tanggungjawab ini. janji ini aku sematkan dalam lubuk jiwa biar ia membesar menjadi sesuatu yang bermakna untuk aku abadikan dalam hidup kau. pendamkan rasa gelisah ini daripada pemikiran dunia realiti.. tidak mahu aku lukai jiwa kau, banyak sudah aku kecewakan. serik hati ini menangis penyesalan. masih tak berubah menjadi sesuatu yang berharga untuk dimiliki. aku mahu kau tahu, tapi biar kau rasa sendiri dengan hati. tiadak mahu aku bicarakan. tiap perkataan, tiap ayat yang keluar, tiap senyuman kau ukirkan, tiap rasa yang kau berikan buat aku semakin tak sabar menuggu hari untuk aku dan kau bersama dengan izin Tuhan. sungguh aku taktahu apa aku zahirkan disini.

No comments:

Post a Comment